Monday, March 5, 2012

BERMULANYA SATU PERJALANAN

tujuan blog ini sebenarnya hanyalah untuk koleksi peribadi saya untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga berkongsi dengan rakan - rakan di luar sana untuk bersama-sama menurunkan berat badan.

YA!! saya ada masalah berat badan. tempoh akhir sekali saya timbang berat saya 90 kg. bila saya tengok cermin pun dagu dah bertingkat-tingkat. dalam hati dah mencarut " woii gemoknye kau'' oleh sebab itu saya buat blog ini untuk mencatat segala peristiwa di dalam perjalanan saya untuk menurunkan berat badan. selain itu, blog ini dijadikan motivasi kepada diri saya sendiri untuk melihat sejauh mana saya telah pergi untuk proses pengurusan badan ini.

kepada sesiapa yang berminat bolehlah berkongsi maklumat kepada saya. berkongsi pengalaman, produk, aktiviti-aktiviti dan maklumat yang korang rasekan berkesan untuk menjayakan penurunan berat badan ini.